Sambutan Hari Guru Peringkat SK Lahad Datu III Tahun 2023



  SAMBUTAN HARI GURU 
PERINGKAT SK LAHAD DATU III TAHUN 2023 / 24 MEI 2023 /
KANTIN SEKOLAH SK LAHAD DATU III




Sambutan Hari Guru secara kolektifnya merupakan  sebuah sambutan yang dinanti-nantikan  bukan sahaja di kalangan para guru di sekolah, malah memberikan makna yang cukup mendalam kepada para pelajar. Justru bagi memperingati dan menghargai jasa pengorban guru, SK Lahad Datu III telah mengadakan sambutan Hari Guru bagi sesi persekolahan 2023/2024.
            
Sambutan Hari Guru yang diadakan melibatkan murid-murid Tahap I dan Tahap II. Pelbagai aktiviti telah  dijalankan sepanjang sambutan antaranya seperti bacaan perutusan Pengarah Pendidikan Malaysia oleh Dr.Rosdah Herawaty Hamid selaku guru besar SK Lahad Datu III, nyanyian lagu 'Guru Malaysia" dan ikrar guru, persembahan sempena hari guru oleh murid-murid Tahap I dan II serta aktiviti sukaneka dalaman hari guru.

Umumnya sambutan Hari Guru dibuat setiap tahun pada tarikh 16 Mei dengan objektif yang berikut:-

-Menitik beratkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk     perpaduan dan integrasi),pembangunan negara dan perkhidmatan   kepada  masyarakat.
-Menarik perhatian ibu bapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting 
 kaum guru dalam       masyarakat Malaysia.
-Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibbah di antara guru.
-Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
-Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar,   persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
-Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan     mengambil langkah-langkah supaya peranan itu boleh berkesan.

















Comments