Sambutan Hari Guru Peringkat SK Lahad Datu III Tahun 2023

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SK LAHAD DATU III TAHUN 2023 / 24 MEI 2023 / KANTIN SEKOLAH SK LAHAD DATU III Sambutan Hari Guru secara kolektifnya merupakan sebuah sambutan yang dinanti-nantikan bukan sahaja di kalangan para guru di sekolah, malah memberikan makna yang cukup mendalam kepada para pelajar. Justru bagi memperingati dan menghargai jasa pengorban guru, SK Lahad Datu III telah mengadakan sambutan Hari Guru bagi sesi persekolahan 2023/2024. Sambutan Hari Guru yang diadakan melibatkan murid-murid Tahap I dan Tahap II. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang sambutan antaranya seperti bacaan perutusan Pengarah Pendidikan Malaysia oleh Dr.Rosdah Herawaty Hamid selaku guru besar SK Lahad Datu III, nyanyian lagu 'Guru Malaysia" dan ikrar guru, persembahan sempena hari guru oleh murid-murid Tahap I dan II serta aktiviti sukaneka dalaman hari guru. Umumnya sambutan Hari Guru dibuat setiap tah...